Monday, November 17, 2014

... Umrah : 15 - 17 Mac : Madinah ...



As salam...

Yesssss... I is wujud cuma tak muncul je kat blog ni hehehehehe....tenggelam timbul gitu.... sebelum masuk tahun baru meh le i habiskan skit-skit citer yg dah basi yg berlaku tahun 2014 ni....

Ok today me niat nak sambung balik citer Umrah ku pada 13 - 24 Mac lalu.... mak aiihhh memang dah basi kan, sampaikan ingat-ingat lupa dah kot some of the kisah hahahahaha... takpe me try go express ye (leh caya ke express)....

Sebelum bersambungnya.. meh kita tengok hotel penginapan ku di Madinah iaitu  Al-Saha Rawdha (50-100 meter dari perkarangan Masjid Nabawi).  Sangat-sangat dekat dengan pintu masuk wanita Masjid Nabawi... Gambar yg besar skit kat bawah tu... bangunan belakang i yang ada tulisan hijau tu lah hotel i... sebelah tu lorong ke Masjid Nabawi... disebabkan cahaya terang sangat, dalam gambar tak nampak... tapi in real life dah leh nampak dah payung-payung besar Masjid Nabawi...sepanjang lorong tu banyak lah jualan...in fact dalam bangunan hotel tu sendiri ada banyak kedai2 jual jubah bagai....



15 Mac : Madinah - Ziarah Luar

Tempat :  Masjid Quba

Menurut hadis sahih, sesiapa yang berwuduk di rumah/hotel lalu menjaga wuduknya dan solat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya dikira seperti mengerjakan Umrah... Alhamdulillah, group jemaah i dapat mengerjakan solat di Masjid ni...


Next : Ladang Kurma

Pokok kurma rupanya macam pokok kelapa sawit and ladangnya pun bersih .... kat sini i tak membeli banyak kurma pun... beli skit-skit sebab Ustaz Aizat yang jadi ketua rombongan kami dah cakap sini mahal skit harga dia... nanti kami akan di bawa ke pasar kurma untuk membeli kurma... situ harga berpatutan....


Next :  Jabal Uhud & Makam Para Syuhada

Masa di sini, Mutawwif kami ada bercerita sedikit sebanyak kisah peperangan Uhud dan ustaz Aizat pula  memimpin kami membaca doa buat para syuhada.... makam mereka tiada bernisan ... hanya satu kawasan yang dipagari tembok yang tinggi...


Di area ni juga, SH membeli sedikit kurma buat jamah-jamah bersama jemaah lain dalam bas... kat sini pun murah juga kurma yang dijual ...I ada nampak gak orang jual buah zuriat dan akar fatimah tapi ntah kenapa tak terbeli pulak i....  

Masjid Qiblatain : Qiblatain membawa maksud dua kiblat.  Pada permulaan islam, orang ramai melakukan solat mengadap ke arah Baitul Muqaddis dan kemudiannya pada bulan Rejab tahun 2 Hijrah diwahyukan kepada nabi agar menukar arah kiblat mengadap ke Ka'abah.... ni kami lalu je, tak berenti and me pun tak amik plak gambar masjid tu dari dalam bas....

Selesai Ziarah, jemaah dibawa pulang ke hotel dan aktiviti bebas.... of coz ler memasing siap2 untuk spend masa beribadat di Masjid Nabawi termasuk lah kami berdua, Alhamdulillah....


16-17 Mac :  Jemaah bebas memperbanyakkan ibadat di Masjid Nabawi & melakukan aktiviti sendiri...

Perkuburan Baqi'e :  Ni SH je yang pegi, bersebelahan dengan Masjid Nabawi, gambar SH tu yang kat belakang dia tu Masjid Nabawi lah.... kaum wanita tidak dibenarkan ke sini... so ni pics from SH je lah...i pun dapat tengok melalui his pics je....katanya bersihhhhhh sesangat kawasan ni...

Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW.

Begitu juga para isteri baginda seperti Aisyah binti Abu Bakar, Sauda binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Safiyyah binti Huyai dan Zainab binti Jahsyh.

Antara sahabat terkemuka yang dikebumikan di kawasan ini ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in.


Perkuburan ni jugalah merupakan perkuburan penduduk Madinah dan juga jemaah umrah/haji yang meninggal di Madinah.....

Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar masa kami di Madinah...hati ni makin berdebar bila tibanya masa untuk berangkat ke Mekah, namun terasa berat sangat untuk meninggalkan Kota Madinah....

bersambung esok, in sya Allah....Tq lah andai ada yg masih sudi singgah ke blog ni yg dah lama kesepian ni...

* entry autopublish

9 comments:

attyfir said...

alhamduillah sis
dpt lepas rindu tgk gmbr2 nie semua

eima said...

alhamdulillah ... soakan aku juga supaya dapat sampai ke sana satu hari nanti

wida said...

lamanya sis menyepi..
saya pun teringin nak sampai sana..insyaAllah suatu hari nanti

ch@ said...

berdebar baca entry akak ni, rasa touching sgt. lagi kak lagi. smg satu hari nanti ada rezeki, kita hendak ke sana jua.

Daddy Ziyyad said...

doakan saya dipermudahkan ke sana ya..
teringin sangat..

Lyn Yusoff said...

As salam sis,
seronoknya dpt baca entry umrah sis ni..
terubat rindu.. In Sha Allah nak pegi nnti. Amin

tiga lalat said...

Salam. Hee rindu ke Mekah juga.

Mummydearie said...

Tengok gambar aje dah rasa syahdu sangat. Kalau dapat sampai sana lagilah tak tahu macamana agaknya. Mahu menangis sambil bersyukur yang amat.

Cik Puan Mimi said...

alhamdulillah

lama saya tak jenguk blog sis. rupanya kita mengerjakan umrah tahun yg sama.. syukur diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan umrah kan sis. pengalaman yang sangat2 indah.. dan tak mampu dilupakan sampai bila2.