Monday, March 10, 2014

... sama-samalah kita berdoa ...


As salam...

Kemana menghilangnya MH370?  Tanda tanya buat kita semua...spekulasi tak yah citer lah...macam-macam versi dah timbul...Selagi tiada bukti, tak perlulah sebarkan spekulasi ....  Lagi menyedihkan bila berita camni dikaitkan dengan isu politik ... Astagfirullahallazim .... tak kena pada batang hidung sendiri, tak tahu perasaan orang kannn.... daripada buat benda-benda tak berfaedah tu, kan ke lebih baik doakan yang terbaik buat mereka....

Walopun ahkak tidak mengenali mana-mana mereka yg terlibat tu, tapi sebagai manusia, berbaur perasaan sedih sebak gelisah .... cuba kita letak diri kita dalam situasi keluarga yang terlibat, Ya Allah...tak dapat ku bayangkan perasaan tu..bagaimana perasaan seorang ibu, seorang isteri, seorang suami, seorang anak, seorang sahabat, seorang nenek, seorang datuk, seorang sepupu, seorang teman yang ternanti-nanti hendak mendapat khabar berita... harapan untuk menatap semula wajah kesayangan mereka....3 hari dah berlalu tanpa sebarang jawapan...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.... 

Sama-samalah kita berdoa untuk mereka....

* pics credit google *

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Seungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU
Apa yang berlaku adalah kententuanMu
Kami mohon kasih sayangMu ya robbi,
Berilah kekuatan dan ketabahan
Kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370
Yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan...
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu
Untuk ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya
Hanya padaMu kami menyerah dan
Hanya padaMu kami mohon pertolongan...
 
Jika di laut… timbulkanlah..
Jika di langit… turunkan lah..
Jika di darat… tunjukkan lah..
Kepada Mu, kami berserah…
Aamiin…
 
 

6 comments:

attyfir said...

amin..semoga yang terbaik buat semua penumpang dan anak kapal MH370

Cho Zila said...

walaupun kita tak kenal mereka tetap merasakan hibanyer... bangun tidur pun terus mencari beritanyer...

Lyn Yusoff said...

Sama2 lah kita berdoa semoga ianya berjalan dgn baik... amin.. #PrayForMH370

msredcheesecake said...

Amin... Semuga mangsa dan keluarga mangsa tabah hadapi ujian Allah ni... Dan ini peringatan untuk kota semua

Mummydearie said...

Walaupun tak mengenali mereka, doa sentiasa mengiringi. Semoga dipermudahkan segala urusan mencari MH370. Tabahkanlah hati insan-insan tersayang yang menanti penuh debaran itu.

Kesuma Angsana said...

teruskan doa kita yer untuk MH 370