Friday, August 2, 2013

... resepi sempoi ku ...

As salam...

Semalam ada sorang dua yang bertanyakan resepi dan cara tumis darat tu... meh nak share resepi sempoi ku .... perlu diingatkan akak ni tak pandai masak sangat... semuanya letak sesuka hati...main agak2 jer * reason utama akak jarang share resepi hehehehe*... sebab tu tak de letak the exact quantity of the ingredients ... pandai2 uols lah ye nak agak ye hehehehe...



Bahan-Bahan A:
  • Beberapa keping isi ikan masin kurau yang di rendam sekejap. (ikan talang lagi power)
  • Beberapa ulas bawang kecil  *
  • Beberapa ulas bawang putih  *
  • kedua bahan* ni di tumbuk lumat
  • keping asam keping
  • terung bulat dipotong empat (boleh diletak nenas juga) 
  • Cili hijau
  • ubi kentang dipotong empat
  • Santan
  • Rempah kari ikan kering
  • Sedikit air

Bahan-bahan B (untuk menumis)
  • Beberapa ulas bawang kecil  *
  • Beberapa ulas bawang putih  *
  • Hiris bahan * di atas
  • Halba ~ akak tak letak sbb tak suka :)
  • Daun kari
Cara nya :

Potong ikan masin dalam saiz sederhana dan rendam seketika untuk mengurangkan rasa masin

Di dalam periuk,  masukkan terung, ubi, dan air biarkan masak sehingga terung & ubi menjadi lembut.

Masukkan ikan masin, cili hijau, asam keping, santan berserta dengan serbuk kari sehingga rempah kari masak. *agak-agak lah kepekatan yg dikehendaki*

Sementara menunggu ikan masin itu masak, di dalam kuali yg berasingan, panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba.  Tumis sehingga bawang agak kekuningan.

Selepas bawang berubah warna kekuningan,curahkan kesemua bahan2 yang ditumis bersama2 minyak masuk ke dalam periuk berisi kari tadi.

Kacau seketika dan bolehlah ditambah garam JIKA perlu.  Dinasihatkan supaya rasa terlebih dahulu sebab ikan masin kita td sudah masin.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih panas-panas dan sambal belacan.

Boleh dimakan sehingga menjilat jari tanpa menoleh kiri kanan dah hehehehehehehe.....

Ok... selamat mencuba ye...


* petang nanti ada a short entri ;)




7 comments:

CikPuanHaLia said...

Sedap tu sis wat cicah roti.. :)

pena rozie said...

Janji sedap....

GREENJADE said...

baik saya akan cuba hari ni gak...bahan2 dah ado tu cuma rempah jek made in kedah uhuhu

kak..kalu cicah roti jala pun sedap gamaknya kan..teringin nk buat roti jala hari ni..

eLLy said...

alamak susah la resepi nie ..

beberapa... beberapa .. ish susah susah

ch@ said...

aduh sis, kecur liurku dgn kalaparan berpuasa ni. ihiks.

Lyn Yusoff said...

sempoi2 pun sis, nampak menarik...

Rinna said...

TQ share resipi..sedap tu cicah2.. :)