Monday, November 12, 2012

... buah zuriat ...

As salam....

Mesti ramai yang bercuti hari ni tak pun minggu ni.... Amik cuti 3 hari dapat terus seminggu kan...sapa yang kat kelantan lagi best...amik 2 hari jer dapat seminggu kan.....bestnya....tapi akak kerja....

Datang kerja dengan keadaan body yang sakit sana sini....


Citer pasal teambuilding tu nanti-nanti lah i share... gambar i tak amik...harapkan camera orang jer...malas bebenor nak bawa camera and hp.... kat sana memang tak der line so memang no phone interruptions :)

Ok sebenarnya nie nak citer pasal 'buah zuriat'.... rasanya skarang ramai dah tau pasal buah zuriat nie.... # Kat sini memang takde kot ....ni pun i pesan kat my ofismate...emaknya pergi mengerjakan haji bebaru nie so i cakap ler pasal buat zuriat nie...KALAU mak nye leh belikan...kalau tak leh takpe....tapi syukur, my fren ni pun memang nak beli untuk kawan dia so dia kirim beli extra sebiji jer untuk i.... Syukur alhamdulillah....

Ni lah rupa buah zuriat tu....Maaf i tak dapat tunjuk isinya sebab tak leh ler buka kan...nak bagi kat my fren buah nie hehehehehe....tapi kalau uols nak tau camne, google lah...compom ada....

Tips atau cara-cara menggunakan buah zuriat ni i dapat info dari blog ni.  Thanks for sharing this info....


Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

1. Cara Pertama
-Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

2. Cara Kedua
-Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. 
3. Cara Ketiga
- Keluarkan isi buah zuriat ini dan rebuskan dengan 2 gelas air.
Rebus sehingga menjadi 1 gelas.  Bahagi dua air rebusan untuk diminum oleh suami dan isteri.
Boleh direbus berulangkali sehingga air rebusan itu bertukar menjadi warna putih. 

#Tips-tips.
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya. 



Kita harus berusaha, berikhtiar dan berdoa...selebihnya hanya Dia Maha Kuasa dan Maha Mengetahui....

# latest update :   baru dapat info dari mamawaiz yg dia pernah jumpa buah nie kat Giant KT kat kiosk org jual buah kurma...so leh ler uols pun riki2 kat kiosk2 org jual kurma kot kot ada dijual....

10 comments:

mamawaiz said...

pernah jumpa buah ni kat kiosk di giant KT kak.tmpt org jual kurma. katanya buah zuriat..mujarab utk org nak anak ker?

Rasp said...

mamawaiz,
: ada ker????? uishhh kalo tahu ada kat sini, memang tak lah menyusahkan org dgn kiriman ... ermmm mujarab ke tak, wallahualam..tapi kita haruslah kita ikhtiar...rezki tu Dia yg tetapkan...

Daddy Ziyyad said...

Ooo..ni 1st time saya dengar nama buah ni...Yg biasa saya dengar kurma, rotab, tin..

mamyharraz said...

ohh tq sis..punyalah teringin sy nak tgk buah zuriat nih..akhirnya dpt gak tgk kt entry sis ni..
begini rupanya buah tu..

aduyaii sy ni keje dalam kemalasan..sabar jelah hehe..

Kniedaz said...

Menarik ni...

Rinna said...

TQ share info yang menarik ini..

Kesuma Angsana said...

1st KA tgk ni

ct rahani said...

1st time tengok sis.. betul la sis, yg penting usaha dulu then tawakkal.. :)

nurHeart said...

seriously, kite baru tau pasal buah ni dr seseorang tapi tak detail.. anyway, tq for sharing ya, info sgt2 bermanfaat :)

farawayshoppe said...

Salam..
kami ada menjual buah zuriat dgn harga yg murah...rm40 utk 10biji...rm60 utk pakej jimat (10 buah zuriat+1 serbuk debunga kurma)..boleh jenguk page fb kami ya.. Faraway Shoppe.. abaya yg cantik2 pn ade.. ;)
emel: farawayshoppe@gmail.com