Tuesday, June 21, 2011

... nasi lemuni ...

Masa cuti skolah haritu, i ada ke Penang and makan Nasi Lemuni di Taman Tun Saadon, Gelugor...Ada yang bertanya pasal nasi lemuni nie....

Resepi Nasi lemuni:

6 cawan beras
3 cawan air daun lemuni
   *  Ambil 3 genggaman daun lemuni yg dilerai dari batangnya & mesin.
       Tapiskan dan dapatkan lah airnya..
3 cawan santan
2 labu bawang besar   } 
2 ulas bawang putih    }  dimesin
2 inci halia mesin         }
1 batang serai, dititik
2 helai daun pandan, diikat
sedikit garam, gula dan minyak

Masukkan beras, air daun lemuni, santan, bawang & halia yang dah dimesin, serai, daun pandan, gula, garam dan minyak ke dalam periuk nasi dan masak. *tambah air jika perlu utk menanak nasi ini* Nasi nie sedap kalau dimakan bersama gulai ikan kering atau sambal tumis.  Rasanya orang penang yg suka makan nasi ... tapi slalunya kalo i dalam pantang, bonda i memang suka masakkan nasi nie...

Nie lah rupa daun lemuni :

* pics credit en google *

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.
Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

*  hasil carian di google *

Sekian, terima kasih :)

20 comments:

eima said...

tak penah mkn tp tau ...
tok aku ade tanam pokok nih depan umah...

Cik Ecah said...

pes time dgr nasi ni...
sedap ker..huhu

wida said...

tgk kaler nasi tu cam nasi kerabu jer kan..
msti sedap ni

SyaNa said...

mmg 1st time dengar ni sis

wahida said...

pestaim dgr nama nasi ni kak, ada jual kat KL tak?

atty's said...

ada terbaca aritu..dap ke sis..?

GreenJade said...

ya Allah sis nowdays susah btol nk carik daun nih..kt dpn umah opah pon dh kene tebang..

kecit2 dulu suka sgt mkn nasi lemuni nih. opah suka masak. mkn dgn kari kaw..perghhh meleleh la pulok ni.ihiks

sW33tdARLiNG said...

uuhhhh kaper pepel daun ni.. so nasi pun jd kaler pepel erkkk...? lom penah makan

nieda said...

tak pernah mkn pun..sedap ke?

zahidah dihaz said...

tak pernah dengar pun...lama nya tak bw, blog ni pun dah bertukar wajah...huhuhu



New Entry: Mary Stayed Out All Night OST: Jang Geun Suk – Hello Hello

Dee said...

thx for the info sis..menarik..dee tak penah mkn lagi..next time ke penang leh cuba..

SYANI said...

Nasi ni ke yang orang selalu makan dalam pantang tu??

ikiqzana said...

x pernah dengar nasi lemuni sis.. nmpk cam sedap.. :)

maya amir said...

penah dgr nasi lemuni tp x pnh mkn..

Cik Wanie Ghani said...

alamak,
1st time dgr nie,
hihihihi....

blum pernah lagi bfast kat situ,
nanti nak ajak dia lah mkn kat situ,
:)

~ Lady ell ~ said...

tak pernah tau,tak pernah makan,malah tak pernah tengok pun...dgn daun2 sekali tak pernah.sedap eh sis...

Softtouch [Hanim] said...

nnti bila sy balik penang sy nk makan lah ansi lemuni ni..manalah tau mMIL sy pndia buat ke..hehehehe

mummysyafie said...

agak2 boleh tak saya makan sis. nasi kerabu pun tak pernah try lagi

Kak Aya said...

tak pernah dengar dan tak pernah makan...macam nak cuba makan nasi lemuni ni..

Pepel BoNda AmaNi said...

kat umah mama eida ada pokok lemuni nie....