Monday, November 29, 2010

... ter-miss anniversary ...

Aiseyman...leh plak i ter-miss anniversary, tapi takpe, miss anniversary sendiri tak marah.   Errmmm, i believe, i shud say it's blogiversary lah kan.  Diam tak diamlah, dah pun 3 tahun i berblogging.  Kalo  disukat mengikut umur Sapphire yang dah 3 tahun tu, banyak sungguh perkembangan yang dicapai...
*pics credit google*

Kenapa i berblog?  First and foremost, bagi i, nawaitu itu penting.  Bila nawaitu tu jelas, ikhlas, suci lagi murni, insyaAllah akan tercapai lah sesuatu niat itu.  Jangan sesekali cemari nawaitu tu bila berjaya kecapi ke tahap yang cemerlang dalam erti kata lain, bila dah berjaya, jangan lupa diri dan berlagak sombong dan riak *peringatan utk diri sendiri :  ingat tu Rasp,  takde faedahnya!*

Memula tu, i tertarik sangat bila baca blog-blog orang lain.  Cerita berkisar keluarga, pengembaraan, tips2 dan macam-macam lagi.  Lama-kelamaan i fikir, well, why not i sendiri have a blog, give it a try... Untuk i merakamkan kisah i bersama keluarga ataupun kalo ada tips/petua untuk disharekan bersama, why not kan.  It will be like a journal/diary gitu.  So mula lah hidup i sebagai 'blogger' out of passion of writing dan bukan  kerana nak dapat nama mahupun kerana nak dapat wang....

Tapi syukur alhamdulillah, rupa-rupanya jadik blogger nie ada untungnya....Satu bonus terbaik adalah kesudian sesetengah orang menerima i as sahabat di alam maya ini.  I thank you, my fwenz for giving me this opportunity.  In fact, bertuah rasanya bila ada 'jodoh' pertemuan antara a few bloggers, namun ada gak yang lum dapat bertemu live tapi insyaAllah one day, i hope i dapat jumpa uols semua.... 

Lepas tu, dek pujuk rayu cehhhh pujuk rayu lah konon kan hahahaha Sis Dee  setahun yang lepas, i dapat gak lah side income...walopun lum cukup untuk dicash out kan dan tak mencanak cam some of you, tapi i tetap bersyukur...sesuatu yang dilakukan *blogging* hanyalah kerana out of passion, leh plak generate income kan...thanks kepada sis Dee  sbb menyuruh i sign up with  Nuffnang and thanx to Nuffnang for this wonderful benefit...  Sis, bila2 *ntah le bilakan* i dah leh cash out, leh le i blanja u :D

So again....here's wishing "Celoteh Rasp" a Happy 3rd Birthday...Semoga niat i setakat ini dan sampai bila-bila tak tercemar dan semoga i ada lagi ilham untuk berblogging and have a healthy blogging!  Di kesempatan ini gak, i mohon maaf andai kata di sepanjang mana perkenalan kita, ada bicara i yang menyinggung perasaan uols...i'm sorry deep from my heart, i have no intention whatsoever to hurt anyone! 
Selamat  healthy blogging buat semua!!!

16 comments:

Iman's Umi said...

oh dh 3 tahun...wow...hebatnya...

Happy 3rd Blogiversary to http://espritrasp.blogspot.com

eLLy said...

hapy 3rd annv .. sis klu nak di ikutkan bulan, you kira my senior la ;p

rATu kEBaYA said...

tahniah sis.. rupanya dah 3 thn ye.. dah lama tu..

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

wah dah 3 tahun dah akak dalam dunia blogging....hapie blogging...

wida said...

TAHNIAH..

Dee said...

i pun terlupa my blogiversary arituh..hahaha..almaklumlah..kita ni umur terlebey sket..

belanja? xyah ar..malew i..hihihi..

anyway..ur header makin hari makin cantiklah..buat sendiri eh..

Congrats on ur 3rd anniversary!!

Hezesuze said...

wow! dah 3 tahun ye..kejap je masa berlalu kan...weols baru 2 tahun ekekekeke...

imz said...

selamat ulangtahun berblog...semoga berblog smp bila-bila..

atty's said...

tahniah sis..teruskan berblogging ye

Softtouch [Hanim] said...

tahniah sis...dah 3 tahun dah eyr sis...teruskan berblogging...

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

congrats sis, lama dah blogging yer.. kenangan sampai tua kan sis.. anak2 pun leh baca nanti

lily lotus said...

happy anniversary! teruskan menjadi blogger tegar..hehe

~ Lady ell ~ said...

3thn dah...u mmg healthy blogging lh sis..syabas!! luv u

Mrs.Sheikh said...

3 thn dah ekk.. tahniahhhh :)

mummysyafie said...

happy anniversary to ur blog sis..tahu tak..nor tak penah pun sambut anniversary blog..selalu terlepas je.

sw33tdarling.com said...

happy anniversary sis...!