Thursday, November 4, 2010

... kerana sebiji tembikai ...


Ini telah dikopipes dari email i trima...... "terdidik kerana sebiji tembikai"

* gambar ihsan dari en google *

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. " Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Semoga kita semua mendapat ikhtibar dari kisah ini. InsyaAllah.

8 comments:

mEiZ SHA said...

btol tu sis..:)
sume benda kite nak salahkan

kadang2 kt lupe dari mana dtgnyer benda tu kan..mengapa dan kenapa terjadi..:)

Joy said...

setuju dgn komen sis meuiz sha ;)

☆ lieya latif ☆ said...

betol tu sis, kalo kite beli tembikai n dpt yg tak cantik, sure rase keciwa....entry sis ni menyedarkan yg kdg2 kite lupe sape penciptanya....dan tak semua sempurna....

eLLy said...

renung renung kan selamat beramal ;)

Softtouch [Hanim] said...

insaf n mneydarkan sy..tq sis..

POSH76 said...

alamek terkena diri sendiri...kena amik iktibar ni

POSH76 said...

alamek terkena diri sendiri...kena amik iktibar ni

rasp said...

miez sha,
: kkdg kita terlupa kan, so skali skala harus ingatkan diri sendiri...

joy,
: betul betul betul...

lieya,
: i pun gitu gak...kkdg marah tak tentu pasal...bila baca nie tersentak diri sendiri kan..

elly,
: hehehehe tq

hanim,
: saya pun terkedu...

posh,
: sis, bukan u je, i pun terkena balik :D