Wednesday, October 6, 2010

... petua ...

Dah lama i tak share petua-petua kan.... Petua-petua kali nie, i amik dari majalah Harmoni Bil 142 dan gambar-gambar plak ehsan dari en. google :) ....

Pulut Lebih Menarik
Sebelum mengukus pulut, cuci beras pulut sehingga bersih dan rendam di dalam air kelapa selama sejam.  Selepas itu, kukus seperti biasa sehingga masak.  Hasilnya, pulut akan menjadi kilat dan nampak berminyak apabila dihidangkan.



Menghilangkan Pigmentasi
Ambil sebiji timun dan parut hingga hancur.  Campurkan parutan timun bersama sedikit tepung jagung dan gaulkan sebati.  Sapukan ia pada keseluruhan wajah.  Setelah kering cuci dengan air sehingga bersih.  Amalkan petua ini pada setiap pagi.  Hasilnya, kulit wajah akan bertambah halus dan bersih.


Tubuh Langsing Menawan
Rendam tiga sudu besar teh cina dalam air panas.  Selepas ditapis, campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis.  Jadikan air ini sebagai minuman dua kali sehari iaitu sebagai sarapan dan sebelum tidur.  Amalkan selalu sehingga mendapat hasil yang diidamkan.


Selamat mencuba.....

11 comments:

nieda said...

tq sis, sharekan petua..

.s.o.f.i.a. said...

wow!!!! menarik!!!! bley bgtau mama yang 2nd ngan 3rd tu......... dia mesti suka..... =)

IdaShah said...

tak penah dgr lg petua nie..
yg senang camni rajin sket meneray nya

SyaNa said...

part langsing tu menarik
senang plak tu

rATu kEBaYA said...

tq sis.. petua yg bagus untuk jadi amalan..

atty's said...

tq sis..petua yang menarik ..

Softtouch [Hanim] said...

wa...best best....thanx sis...

eLLy said...

yeszaaa.. ade 2 petua yg ai nak cuba.. yg mane ye syssshhhh rahsia

Hezesuze said...

ishh cam tau2 jek mmg weols tgh carik petua2 kecantikan nie....huhu

petua pulut tu mmg weols dah tau...tapi weols nk cuba petua ke 2 & ke 3...hehe

thanks 4 sharing

Ciklinn said...

hat no 3 tu nak di try hehhehe

mummysyafie said...

leh guna petua ni sis. paling best yang no 2 tu..