Monday, October 11, 2010

... 7 Perkara Terbaik Perlu Anda Buat Pada Waktu Pagi ...

Dapat artikel nie dah lama from my fwen... jom kita baca k....
7 PERKARA TERBAIK PERLU ANDA BUAT PADA WAKTU PAGI

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda masih mempunyai kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Pada waktu awal pagi, jangan membuka email, membaca suratkhabar, gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama rakan. Ini adalah kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 atau membaca artikel motivasi. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sekiranya tidak, kesannya adalah anda menjadi tidak bersemangat dan lemah ..

4. Dalam Apa Jua Yang lakukan, Mulakan Dengan Bismillah.
Apabila anda mula punch card masuk kerja, baca Bismillah, semoga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai dan mengantuk.

5. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita menjadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

6. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda menjadi orang yang tidak bersemangat.

Lebih teruk, anda menjadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

7. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

* Sumber: http://www.imotivasi.com


Selamat mencuba.........

12 comments:

cha said...

terbaik kak... setuju. marila melawat blog saya waktu pagi. miahahaa... gurau aje.

☆ lieya latif ☆ said...

wah bagus ar sis....ari ni dpt motivasi diri ....dah lee isnin2 ni monday blues...sekali dpt motivasi diri yg terbaek nieh....he he he

thanks sis!

Softtouch [Hanim] said...

thanx sis sbb sudi share...biasalah kadang2 pagi nie ada moody sikit. Mmg kene dimotivasikan diri nie sbnarnya..he he he

.s.o.f.i.a. said...

kena tukar kaler blog ke warna cerah la.... supaya orang lepak my blog pagi2... he he....

POSH76 said...

setuju sgt tapi yang paling bersyukur dgn apa yang kita ada...NO PHD insyaallah aman hidup
thx for sharing sis

nieda said...

tq sis share info yg sgt bagus

Hezesuze said...

ishh tiap2 pagi weols buat senaman sikit...pastu anto anak sekolah..

pas anto anak sekolah tido balik ekekekeke...

Dee said...

good info sis..elok praktikkan selalu kan..

sWeEtDaRLinG said...

sis, i dah tukar blog link...
nak mintak jasa baik u, war2 kan my new link sbb i tukar pun secara tergesa2, nak kena lari from my bos... thanks yaaa

eLLy said...

thanks for the info. esok pagi i cuba ke 7 7 pekara tersebut ;p

GreenJade said...

bagus dijadikan amalan seharian nih

tenkiu sis for sharing :)

~ Lady ell ~ said...

mekasih....