Thursday, January 14, 2010

... info pemakanan ...

Dah lama tak buat n3 pasal info pemakanan kan....Orait let me share info pemakanan dari majalah RAPI edisi 1 ogos 2009...

Tembikai Sebagai Kudapan Sihat
Sepotong tembikai segar boleh dijadikan kudapan sihat. Kajian menunjukkan tembikai mengandungi sejenis zat iaitu 'citrulline' yg mampu meransangkan penghasilan bahan kimia yang membantu pembuluh darah menjadi lentur dan relaks. Zat ini juga akan bertindak balas dengan enzim tubuh ketika diambil dalam jumlah yg banyak. Zat ini baik untuk kesihatan jantung, sistem peredaran darah dan kekebalan tubuh. Namun, elak makan tembikai terlalu banyak kerana ia bersifat diuretik yang mempercepatkan pembentukan urin.


Sihat Dengan Aiskrim
Tahukah anda aiskrim juga baik untuk kesihatan? Aiskrim dihasilkan dengan cara pembekuan tepung aiskrim atau campuran susu, lemak, gula dan bahan-bahan yang dibenarkan. Pilih aiskirm rendah lemak kerana kandungan lemak susunya cuma 2 - 6% sahaja. Kandungan kalsium didalamnya juga bermanfaat untuk menjaga kepadatan massa tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi. Kandungan lemaknya pula hanya 15% daripada jumlah keperluan lemak per hari. Jangan lupa sajikan aiskrim di dalam menu sihat anda!


Aprikot Bantu Atasi Tekanan Darah Tinggi
Buah yang kaya kalori ini terbukti mempunyai khasiat yang sangat banyak bagi mengatasi tekanan darah tinggi. Aprikot kaya dengan kandungan kimia seperti flavonoid, tannin dan saponin.

13 comments:

~ Lady ell ~ said...

rasa teringin plak nk mkn tembikai kuning..tp dh lama tk jumpa..

sisdee said...

sedapnya tgk tembikai tu..huhu

tq for the info

i follow u ek :)

Dee said...

good info sis..eh..ada sisdeelah..sapa tu eh?

rasp said...

ell,
: opppsss...sila cari sblum due :D

sisdee,
: my pleasure....
thx singgah blog i iye....
i will follow u too k :D

dee,
: a'ah....kawan baru :D

UnGu VioLet said...

mar sejuk2 nie.. liat sungguh nak makan buah yg sejuk2.. lg2 tembikai nie.. sejuuk.. aritue makan tembikai susu.. aduhai.. milu rasa mulut dan gigi nie..

zarin said...

owh, i suka tang aiskrim tu hahaha

POSH76 said...

suker tang makan sekrim tu....balik mau makan laa hehe..sekali skala apa salahnyer kan hehe

imz said...

kalu stress waktu keje..lunch leh kuar g beli buah tembikai..legakan stress kan..!!gud info..thanks..

Kancilbiru said...

wow...aiskrim menyihat kan..tu yang nak dgr tu..muahahaaha

Eyriqazz said...

suka tembikai..sejuk je rasa..

Ada Apa Dengan Melromeo

eLLy said...

aprikot.. camne rase nye.. tak pernah eLLy makan buah nie ;)

Lady Dyla said...

ice krem Ben n Jerry sehat tak?? i hentam 1 pint setiap mnggu.. hehe

ikiqzana said...

elok la tu buah tembikai sara mmg suker makan.. rupa2 nyer bnyk kebaikkn.