Thursday, December 10, 2009

... info pemakanan ...

Lama gak takde info pemakanan nie kan....seperti biasa info nie i amik dari majalah RAPI kali nie dari edisi 1st nov 2009...

Selitkan Mangga Dalam Menu Harian
Anda gemar memakan mangga? Teruskanlah memakan mangga kerana mangga kaya dengan pelbagai zat iaitu B karotin, Vitamin A, vitamin C, asid askorbik, asid folik, B2 dan B3 yg sederhana tinggi. Selain itu, mangga juga tinggi kandungan seratnya di samping kalsium dan fosforus. Lebih istimewa, kandungan airnya juga tinggi serta menjadikan mangga makanan yang menyegarkan.

Oregano punya kebaikan
Oregano merupakan antara herba yg sering dikaitkan dgn makanan seperti spagheti, pasta, stik, sup dan salad. Tidak lengkap serta kurang sedap makanan tersebut tanpa campuran oregano. Pun begitu, ia sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan, bertindak sebagai antiseptik serta dapat mengurangkan migrain.

Manfaat Labu Kuning
Melihatkan sebiji labu kuning, apa yang bermain di fikiran anda? Enak juga dibuat gulai lemak ya! Namun, disebalik keenakkannya, labu kuning sebenarnya kaya dengan vitamin A, vitamin C, mineral serta karbohidrat. Isi labu kuning juga mengandungi antioksida yang baik untuk dijadikan penghalang pelbagai jenis kanser. Air buahnya juga berguna sebagai penawar racun jika digigit haiwan berbisa, sementara bijinya pula menjadi ubat cacing pita bagi org dewasa. Malah, labu kuning boleh digunakan untuk menyembuhkan keradangan, demam serta sembelit.

9 comments:

reena said...

oregano?? sdap plak name dia kan sis?? tp tak penah pon nmpk pokok nih... bhs melayu pggl ape ek??

momguess said...

labu kuning tu masak lemak mmg sodap
+ nasik panas + ikan masin + sambal belacan
meleleh lah

Dee said...

suka labu n suka gak mangga..

< Dieter Sue > said...

thanks 4 the info :) sgt bguna utk saya

UnGu VioLet said...

info yg berguna sis.. thanks for sharing.. mar selalu guna oregano.. taktaula plak khasiat nye.. tq sis..

rasp said...

reena,
: me cam danish gak...tak reti ckp melayu hahahahaha

momguess,
: betul betul betul...terkecur air liurku hehehehehe

dee,
: i tiap2 hari pekena mangga oooo :)

sue,
: i pangey u sue je lah ek...glad dpt menolong :)

mar,
: tu lah kan...kkdg kita pandai makan, tapi khasiat kita tak tau kan :)

ikiqzana said...

gud info sis..

suker mkn labu msk cili api sedappp...

lily lotus said...

mangga jer boleh tahan untuk menu harian :D

Q said...

Uat pulut Mangga yum yum