Thursday, November 19, 2009

... info pemakanan ...

Okez, todaynye info pemakanan

Aduh, makin teruk batukku!
Tidak dinafikan, batuk berpanjangan akan membuat anda rasa kurang selesa dan merimaskan. Cara paling mudah untuk mengubati batuk adalah dengan mengambil perahan limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Kacau kedua-dua bahan sehingga sebati sebelum diminum dan amalkan dua kali sehari. Jangan campur sebarang bahan lain walaupun air kosong. Masam sedikit, namun berkesan!


Walau berkhasiat Tetapi Tetap Tak Suka
Tidak ramai yang sukakan sayur hijau. Kebanyakkannya mempunyai rasa pahit dan tidak enak. Benarlah kata orang, yang baik itu selalunya kita sukar untuk menerimanya. Tahukah anda, banyak sungguh manfaat mengamalkan sayur hijau. Fungsinya untuk menambah darah untuk tubuh diperoleh melalui kandungan zat besi serta klorofil yang bertindak sebagai agen pembentukan sel darah merah. Lebih baik lagi sekiranya anda mengambil sayur hijau ini secara mentah bagi mengekalkan vitamin C di dalamnya. Cecah saja dengan sambal belacan mahupun air asam.


Mulakan dengan air kosong.
Nak berdiet tapi tak tahu caranya? Tak perlulah anda ke pasar raya untuk mencari segala jenis masakan bijirin mahupun minuman kesihatan untuk kurus. Apa kata mulakan dengan air kosong sahaja? Untuk sistem perkumuhan yang baik, amalkan tujuh hingga lapan gelas air kosong setiap hari. Mengamalkan air kosong akan menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang. Air kosong juga mampu meningkatkan metabolisme badan. Paling menarik, air kosong 100 peratus bebas kalori, kafein, dan bahan kimia. Ini sudah cukup untuk membuktikan air kosong merupakan pilihan yang ideal untuk menahan selera makan.

Ni lah antara info pemakanan yg dipetik dari majalah RAPI edisi 1 jul 2009.

7 comments:

POSH76 said...

good info ....mineral water mmg membantu proses pencernaan...hehe

sWeEtdARLinG said...

petai mmg byk khasiat but me pun, tetap tak suka...

ratna said...

bagus ni..bagus.. yg paling saya bole amalkan dari info2 di atas.. ialah minum air kosong.. gerenti boleh!!!

*ayu the sun* said...

good info sis..
sayur hijau... also good to prevent tonsil.
:)

neezareef said...

yeahh..sharing is caring

ikiqzana said...

ni pun dh start batuk. bole cuba la.

suker makan sayurn hijau.

thanx 4 info sis.

GreenJade said...

tQ sis..sgt2 berbaloi baloi utk diet programme nih :)