Thursday, November 12, 2009

... info pemakanan ...

Ok, time utk i share info pemakanan yg i dpt dari majalah RAPI...gambar semua kredit kpd en. google :)


Buah Pic Atasi Masalah Sembelit
Buah pic mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral dan zat yang membantu kesihatan tubuh kita. Menurut 'USDA Nutrient Database', setiap 100gm pic mengandungi 43 kal kalori, 2.0gm serat, 66mg Vitamin C, 535 IU vitamin A, 0,700 mg vitamin E. Malah, menurut pakar kesihatan, pengambilan buah pic secara teratur mampu melancarkan proses pencernaan dan mengatasi masalah sembelit. Selain mencegah penuaan dan kanser, pengambilan buah pic dapat mengelakkan ganguan selesema dan meningkatkan daya tahan dalam tubuh.


Kulit Bersih Dengan Asparagus
Asparagus turut diperakui kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C. Ia baik untuk jantung, hati, paru-paru dan kulit. Bukan sahaja membantu membuang sisa-sisa toksin tetapi dikatakan dengan meminum jus asparagus ia dapat menghilangkan masalah jerawat dan membersihkan kulit anda kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus tersebut.


Kacang Soya Dan Tauhu Tingkatkan Daya Ingatan
Salah satu cara untuk menjaga daya ingatan yang baik ialah dengan pemakanan tauhu dan kacang soya. Telah diketahui kacang soya mengandungi isoflavon yang bertindak sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia iaitu kawasan penting untuk memori seseorang. Manakala tauhu pula mengandungi protein yang tinggi dan zat minyak Omega 3 yang membantu menurunkan kolestrol.

Sharing is Caring kannnnnn :D

8 comments:

e_ja said...

tq sis kerana mensharingkan ilmu yg ada..hehehe..

Nem0 o0h Nem0 said...

tq 4 info..
nk try la mkn buah pic,leh cuci perut..hehe

L@n@ said...

sharing is caring.. tq dear.. buah pic mmg peberet sgt2.. asparagus belum penah makan.. tp harus ku coba.. soya mmg rutin tiap tiap pagi minum..

kojah said...

wahh, tQ2 kak for da info...

neezareef said...

i br bli rapi smlm..lom sempat selak lg sis...

asparagus tu cantikkan kulit? alamak..x reti mkn sayo tu..hehe

ratna said...

thanx for the info. lepas ni nak bg anak2 minum soya bebanyak.. biar kuat ingatan sikit utk belajar.

ikiqzana said...

teringt masa gandung kan ank2 zana suker sngat mkn tau foo fa.

thanx 4 info.

rasp said...

e_ja,
: no prob dearie...

nemo,
: sila la try sis, nanti i pun nak try gak hehehehe

lana,
: i lak asparagus kureeennng skit laa hehehehe

kojah,
: pleasure is all mine dearie ...

neeza,
: nie RAPI issue lama lah yang..yg baru nye lum sharing lagik...

lepas nie harus blajar makan sayur ek sis hehehehe

ratna,
: i rasa i pun kena minum soya gak kot hehehehe

ikiqzana,
: no prob sis....