Thursday, November 5, 2009

... info pemakanan ...

I suka baca majalah RAPI. Kat dlm tu mcm2 info kesihatan ada. So i rasa leh le i share dgn uols a few info pasal pemakanan. Mana tau kot2 ada yg leh membantu kan....

Timun teman gastrik
Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus timun dicampurkan dengan perahan lobak merah dan saderi, ia dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik dan arthiritis. Bijinya pula kaya potasium. Cecair daripada biji timun dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.


Bukan sekadar buang angin
Secara tradisionalnya, halia dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera makan, pening kepala, sakit sendi, kegatan pada badan dan bengkak-bengkak. Selain itu, halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makan dalam badan.


Lazatnya jagung
Tahukah anda bahawa jagung muda memilik khasiat yang sangat baik untuk kesihatan? Jagung sememangnya enak dimakan secara rebus atau bakar. Selain isinya, tongkol dan rambut jagung muda turut memiliki khasiat dari sudut perubatan. Air rebusan tongkol dan rambut jagung muda dipercayai dapat melarutkan batu karang dan mencegah tekanan darah tinggi.

So, insyaAllah i akan share2 lah lagi info pemakanan nie dengan uols dari masa ke semasa.. sesuai sgtlah rasanya i share info dgn uols coz i kan suka makan, makan dan makan :D

# gambar kredit kepada en google

9 comments:

Emilia said...

thanx for sharing sis! :D

zarin said...

thanks for sharing dear...

rasp said...

emilia,
: no prob!

zarin,
: most welkam...

PerantauSepi1306 said...

sis, timun tu kalu buat air pun sodap.... sejukk je rasa bila minum ;D

neezareef said...

sama arr x leh missed bli rapi

ikiqzana said...

wah info yg bagus sis.. suker makan timun tu..

sebenar nyer zana pun suker makan gak.. sama le kita.. hehehe

rasp said...

perantau,
: iye ke sis...lum pernah lak minum jus timun...leh terai nie..

neeza,
: tu lah kan sis...me siap subscribe tu...

ikiqzana,
: sapphire pun suka banget makan timun...

kita serupa ek...cuma u maintain comel, i lak comel xxl gitu hahahahaha

Izan said...

thanks for the info...
suka sgt makan timun tp kat sini kadang2 susah nk jumpa bb org italy tak makan timun kot...

~ Lady ell ~ said...

anak ell (dina)kalau hadapkan dier timun,2-3 batang pun boleh habis..mmg hantu timun.agaknya kalau buat jus diar suka tk ekk.

mekasih ya sis kongsi info ni.:)