Wednesday, August 5, 2009

... syaaban ...

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun. "

Nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (pada 15 hb sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban,) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2.

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaNya
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepadaNya
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman &
memohonlah segala yang perkara yang baik....
iv) Baca Istighfar 11x & selawat 11x
v) Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000 x 4.

4. Berpuasa pada siangnya

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim

... wallahualam....

So, my fwenz, 'buku baru' akan dibuka kelak jadi marilah kita bersama2 beramal dan memperbaiki diri kita :D

7 comments:

Dee said...

nk buka buku baru..buku 555 aritu pun byk lg utang nih..huhuhu...

Lady Dyla said...

kejap je dah syaaban...
cpt bonar ms berlalu..
scary pon ade gakk

sWeEtdARLinG said...

i pun baru tulis pasal nisfu syaaban ni.. tiap2 tahun my mom akan remind anak2 dia...

a-as said...

insyallah sama2 ler kita buat yg mana termampu..
For those yg berpuasa hari ni selamat berpuasa :)

dakgilachoc said...

NICE INFO SIS..thanks 4 sharing...jom ler buka buku baru...tu hutang buku lama jgn lupa bayar..hehehehe...

eedany said...

Selamat Beramal buat kita semua.

Semoga segala amalan kita diredhai Allah. Amin.

~ Lady ell ~ said...

buat setakat yg trmampu...semoga amalan kita diterima...