Thursday, November 27, 2008

... petua ...

Ni ada a few petuas yg i baca baru2 nie... sharing is caring kan kan kan*ahaks*...

Biskut Masuk Angin

Biskut lemau bukanlah sesuatu yang disukai. Sebelum anda menyusun biskut di dalam balang, taburkan gula pasir ke dalamnya. Lapikkan bahagian bawah balang dengan kertas minyak dan susunkan biskut seperti biasa. Bukan saja tekstur biskut terpelihara, keharuman biskut juga akan kekal lama..


Membuang Kulit Sotong Dengan Mudah

Masukkan sotong ke dalam air beras dan biarkan sekurang-kurangan 10 minit. Kemudian anda akan mendapati kulit sotong mudah lekang dan senang dicuci. Baunya juga berkurangan. Anda boleh juga rendamkan suratkhabar bersama-sama dengan sotong. Kemudian ramaskan suratkhabar pada badan sotong. Kulitnya akan mudah tanggal...



Cara Mudah Cuci Botol Susu

Botol susu sememangnya sukar untuk dibersihkan, terutamanya jika ia berbentuk unik. Kotoran lama yang melekat pada botol susu tidak baik untuk kesihatan bayi. Ada masanya, bahagian puting botol susu juga sukar untuk dibersihkan. Apa yg boleh anda lakukan adalah meletakkan beberapa butir beras ke dalam botol susu dan campurkan dengan sedikit air. Goncangkan botol susu, pastinya kekotoran akan tanggal. Selain itu, daki lama akan hilang serta puting botol juga akan bersih. Cara ini boleh juga digunakan sekiranya anda ingin membersihkan botol minuman yang lain..



Slamat mencuba.....

16 comments:

a-as said...

wahhh..ni antara koleksi petua yang berguna ni..thanx for sharing ;)

moralle said...

bleh jugak try ni :)

arianna adrizal said...

first time tau ni. thanks for sharing sis.

Mommy Lily said...

mami ada amalkan yg cuci botol susu tu. mmg berkesan sis

Shopaholic Mama said...

very useful tips, esp part sotong tu.

tks sis!

a NuTty StuDent said...

thank you..thank you akak for sharing especailly yang nak cuci botol susu..memang betulpun.agak susah nak cuci sebenoyre..

regards

IdaShah said...

bagus info nih
bab cuci botol susu tuh mmg berguna

atty's said...

gud info rasp..tq for sharing

lily lotus said...

tq sis! sgt berguna utk i especially the last one ;)

Izan said...

good information...
part biskut tu mmg berguna. banyak biskut da kene buang bab masuk angin...

reena said...

tang botol susu tuh...kite igt nak tryla...tenkiu sis...

rasp said...

a-as,
: no prob sis :D

moralle,
: cuba try test lah *ihiks*

arianna,
: leh le mencuba nanti ;)

mami,
: a'ah kan sis..tu mmg i pernah cuba..mmg ok kan..

SHM,
: i pun baru tau tis new tip..useful for us kan..

nutty,
: tul kan yang, kalo guna botol yg lengkuk2 tu lagi lah susah nak basuh kan..

idashah,
: a'ah lah yang..

atty's,
: you are most welcome...

lily,
: most welcome..mmg useful utk ibu2 kan :D

izan,
: i pun baru nak try..asyik buang je biskut coz lemau..

reena,
: no prob sis..slamat mencuba..

nasazfrog... said...

thanks yeh share petua... :)

pearlEJ said...

haaaaaa yg biskut tu nak try laa jugak...

aFkaR'z said...

semua petua tuk mak mak niii
kekeke

rasp said...

nasaz,
: no hal lah yang...

ej,
: iye, i pun baru nak try yg biskut tu :D

afkar'z,
: iye yang utk mak2 ibu2 & yg sewaktu dengannya :D