Friday, September 12, 2008

...senyum di pagi jumaat ...

Jom kita senyum skit di pagi jumaat nie.....

Kantoi

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...
Isteri: @#$%????!!!!!
Suami: (Dalam hati)Alamak!!


Salah orang

Ada dua org anak kembar. namanya Tam dan Toni. Mereka sudah dewasa dan telah beristeri.
Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang. Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam.

Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa Tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam " saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan. Tentu anda merasa sedih. "

Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, "tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya...dah tua, lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. Saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2."

Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan... .. huhuhu...

9 comments:

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

cerita yang menarik di pagi jumaat

rasp said...

cb,
: utk menceriakan hari anda :D

moralle said...

wakakaka, macam memang tunggu wifey dia KO jer, sakit perut ku ketawa, puasa lagi tau....

Shopaholic Mama said...

sadis nye si Tam describe it!

eLLy said...

ha Ha ha lawak lawak.. nanti yg bab kantoi tu eLLy nak test tanye kat MyluV.. tengok dia kantoi tak :)

Mieza said...

hahaha...lawak2...hilang stress bila baca nih...:p

rasp said...

moralle,
: tu la kan..no gud! :D

SHM,
: pergh..detail abis hahahahaha

elly,
: hampes tul yg tu kan..mesti tak kantoi nye tu :D

mieza,
: *ihiks* hilang ek stress..baguuusss

pearlEJ said...

wakakakakakaka.... cerita pertama tu sgt laa sengal.... hihihihihi adoihh laaa..

rasp said...

ej,
: sengal yg amat :D